Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya

Selamat hari raya semua...14 hari tak on-line...semoga dapat bertemu Ramadhan seterusnya untuk mengecapi nikmat dan rahmatNya...Maaf Zahir dan Batin...

Thursday, September 2, 2010

TNC A&A ku sayang…

Inilah ujian di bulan Ramadhan…benarlah kata para ustaz dalam ceramah-ceramah, bulan Ramadhan, bulan tarbiyyah. Kali ni betul-betul menguji kesabaran. Tujuan blog ini saya tulis, adalah supaya masalah kebajikan dan hak mahasiswa mesti didahulukan. Al-kisahnya bermula minggu ke-3 kuliah, seorang pelajar dari TDI, juga dari Fakulti Mekanikal dan Pembuatan. Cukuplah namanya dikenali sebagai I----. Pelajar ini adalah pelajar baru lepasan Diploma Politeknik. Beliau mengadu subjek koko 1 tidak boleh transfer. Ya!memang benar, semester ini, pertama kalinya, pelajar lepasan poli tidak boleh transfer subjek koko 1. Rata-rata pelajar lepasan poli merasakan tidak adil kerana pelajar lepasan diploma IPTA dibenarkan transfer. Polemik tentang isu subjek koko ini, dasar2 KPT, salah faham pelajar atau apa sahaja berkaitan tentang isu ini saya akan murnikan kemudian kerana saya masih memperkukuhkan fakta-fakta yang tepat berkaitan hal ini. Perkara yang saya ingin kongsi di sini adalah pihak pengurusan yang kurang prihatin terhadap mahasiswa dan terjah mengapa masalah pelajar ini masih tiada maklum balas sehingga ke hari ini (minggu ke-8 kuliah).

Sejurus menerima aduan, saya terus pergi ke Pejabat Am FKMP untuk mengetahui status masalah ini secara kasar. Namun, pegawai bertugas menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh PKSK bertarikh 7 Julai 2010. Memang surat ini dari PKSK. Maka, arahan pelajar lepasan poli tidak boleh transfer subjek koko1 adalah dari PKSK. Saya terus mendapatkan feedback di kaunter PKSK. Namun, tiada jawapan yang diberikan dan mereka mencadangkan saya berjumpa dengan En.Fadhil sendiri kerana bimbang salah faham berlaku. 2 jam menunggu kerana En.Fadhil ada kelas koko jika tidak silap. Setelah berjumpa, perbincangan dilakukan…pendek kata, saya dapat gambaran yang jelas daripada En.Fadhil yang terbuka menyampaikan maklumat. Saya tidak tahu, jadi saya bertanya… supaya saya tidak menyampaikan maklumat yang salah terhadap mahasiswa.

Walaupun gambaran telah pun saya peroleh, namun seperti kata En.Fadhil, TNC Akademik dan Antarabangsa (A&A) belum maklum akan hal ini, jadi saya mohon anak buah saya dari Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar (JAPP) mengaturkan satu pertemuan dengan TNC (A&A). Sebagai seorang anak buah yang komitmen, maka Ros dan Sumaidah mengaturkan perjumpaan untuk isu subjek koko ini. Alang-alang menyelup pekasam, biar sampai pangkal lengan. Kami ingin meminta feedback atas 19 isu akademik yang masih kami nantikan bagai bulan jatuh ke riba (meeting dijalankan sem lepas, namun tak semua isu diberi feedback sewaktu meeting berkenaan). Maka, anak buah saya mengaturkan satu perjumpaan pada awal Ogos, lebih kurang 3hb Ogos. Jadi, pada hari Khamis pertemuan diatur (tidak ingat minggu berapa-tapi meeting diawalkan pada hari Rabu). NAMUN, sehari sebelum meeting diadakan, saya dapat makluman, meeting itu CANCEL. Ok,fine…kita aturkan ke satu hari yang lain…Tapi, pada kali ini, PA (personal assistant) TNC A&A, En.Ezuan mahu kami membuat surat MEMOHON untuk meeting selanjutnya. Ok, Fine! Nak surat lain, macam kami pulak yang batalkan meeting tu. Saya pun minta anak buah saya buat, setelah saya semak, saya edit, saya hantar pada En.Adi PA En.Malek…untuk disemak…then forward kalau tiada kesalahan…

Kemudian, dalam satu meeting MPP, anak buah saya memberikan satu surat bertarikh 19 Ogos 2010 yang menyatakan KERELAAN pihak TNC A&A untuk berjumpa pada 30 Ogos 2010 (Isnin)… Anda tahu apa yang berlaku? Sesuatu yang terkeluar dan melanggar prinsip saya iaitu MEETING TERSEBUT DIBATALKAN SETELAH KAMI BERADA DI PEJABAT BELIAU. Penantian saya selama sebulan untuk satu isu ini sahaja, ternyata sia-sia. Saya, Hadi Rahman NYDP1, Ros dan Sumaidah terpaksa memohon keluar kuliah semata-mata menghormati masa TNC yang diaturkan oleh PA beliau. Cuba anda fikir, satu isu, berbulan-bulan prosesnya, bagaimana kabajikan MAHASISWA terbela??? Banyak lagi masalah kebajikan di bawah jabatan saya yang lain iaitu Jabatan Hal Ehwal Kolej Kediaman(JHEKK) dan Jabatan Perhubungan dan Pengantarabangsaan (JPP) yang mesti saya selesaikan. Namun, saya rasa diperolok-olokkan dengan tindakan pihak tersebut yang bersikap tidak serius menanggani isu mahasiswa dengan cekap dan cepat. Apakah ‘harga’ komitmen saya selaku MPP jika pihak pengurusan sebegini rupa???

Setelah merayu keluar awal dari kelas, kami berempat menuju ke Pejabat TNC, Pengarah PKSK dan En.Fadhil pun ada. Mungkin untuk menjawab isu ini barangkali. Namun, setelah TNC A&A keluar menuju ke bilik meeting canselori, hanya 2 orang pegawai tersebut yang dipanggil. Kami dipanggil oleh En.Ezuan, katanya meeting BATAL. Luluh hati bila inilah bayaran yang diberi oleh pihak pengurusan terhadap pimpinan mahasiswa iaitu MPP sendiri. Dulu saya bayangkan apabila menjadi MPP, lebih mudah memperjuangkan isu mahasiswa, tetapi ternyata ianya satu tekaan yang meleset. Lebih memilukan, alasan yang diberikan oleh PA beliau adalah TNC A&A berprotokol, maka Shah YDP mesti ada dalam meeting tersebut. Saya 100% tidak menerima alasan yang tidak masuk akal ini kerana saya penyelaras Jabatan Akademik dan Pembangunan Pelajar. Saya yang bertemu pelajar tersebut dan meminta feedback dari PKSK. Saya tidak kisah kalau syarat WAJIB perjumpaan mesti ada YDP, namun sebelum tarikh meeting ini dipilih, anak buah saya telah memaklumkan pada PA beliau bahawa MT yang hadir adalah NYDP2. Kenapa senyap je, tak kecoh-kecih pulak? Kenapa tidak beritahu awal-awal bahawa YDP mesti ada. Boleh anak huah saya settingkan masa YDP free. PA beliau sepatutnya lebih tau protokol2 TNC, bukan bekerja seperti PA yang baru bekerja sehari dua dengan TNC. Ini menyusahkan anak buah saya yang setting tarikh ini. Kami berempat tidak kisah jika syarat YDP mesti ada, namun beritahulah awal-awal kerana kami maklum YDP ada 5 test minggu ini. Kita boleh setting siap2. Takde masalah langsung.

Sewaktu TNC keluar menuju ke bilik meeting (depan mata kami), beliau sempat memandang sekilas pada kami, namun mengapa meeting dengan 2 pegawai itu sahaja dilakukan. Beliau sudah ada masa, mengapa tidak menjemput kami bermesyuarat bersama2 dengan 2 orang pegawai tadi. Takkan semata2 YDP ada urusan, masalah kebajikan pelajar terus terbiar. Kami menghormati Shah kerana beliau mempercayai kami selaku anak buahnya. Dia percaya kami boleh isukan masalah ini. Namun, dek kerana PROTOKOL, mesyuarat yang dinanti-nanti hampir sebulan, dibatalkan sewenang-wenangnya. Kami setting tarikh ikut PROTOKOL, kenapa pihak tersebut BATALKAN meeting, tak ikut PROTOKOL pulak. Bukankah memang ini tugasnya memberitahu maklum balas kepada MPP berkaitan masalah mahasiswa. Nama jawatan pun menggambarkan portfolio beliau.

Lebih mengecewakan, kata En.Ezuan, “Shah ada, semua jalan”, awak semua takde pun takpe. Come on… saya yang diberi tanggungjawab selesaikan masalah ini. Macamana boleh PA beliau mengatakan ayat tersebut. Fikir-fikirkan. Kami cuba bertolak-ansur untuk memilih waktu lain, kata PA beliau, minggu ini (minggu ke-8) penuh. Bila saya mohon buat malam, katanya tak boleh, walhal TNC HEPA sporting je jumpa MPP waktu malam. Nak jaga kebajikan mahasiswa, mestilah berkorban. Sekarang tarikh baru meeting 23 September 2010…Isu ni pun dah basi, pelajar yang mengadu tadi pun macam dah give up je…bayangkan hampir 2 bulan untuk setting meeting (3hb Ogos ke 23 Sep). Memang tak patut. Tak patut sangat. Saya selaku NYDP2 UTHM memohon maaf pada mahasiswa terutamanya pelajar baru kerana belum mampu menyelesaikan masalah kebajikan anda dek kelemahan saya. Kita tunggu, adakah meeting tersebut akan berlangsung pada 23 Sep. Mungkin ‘ya’, kalau ikut PROTOKOLLLL.