Thursday, August 5, 2010

NYDP2 UTHM TERKILAN DENGAN MHS



Lama dipendamkan perkara ini. Namu, sudah sebulan lebih MHS berlangsung, masih yang menyampaikan cerita kurang enak tentang MPP. Banyak menjurus kepada kesalahan MPP. Jadi, terpanggil saya untuk menulis blog ini, lagipun, blog ini bukan semua orang tahu. Tapi, bagi yang terbuka blog ini, ambil sebagai pengajaran.
BSudah sebulan, Minggu Haluan Siswa (MHS) di UTHM berjaya diselesaikan. Tahniah diucapkan kepada semua Pembantu MHS yang bertungkus-lumus dalam memberikan komitmen yang baik, atau terbaik pada saya dalam menjalankan amanah yang diberikan. Pengorbanan semua AJK dalam Training of Trainers (TOT) dan rela pulang awal ke UTHM bagi meraikan adik-adik amat dihargai.
Setiap program pasti ada baik buruknya tidak kira sehebat mana pun individu itu dan berapa banyaknya pengalaman seseorang, kelemahan pasti ada. Dalam konteks MHS ini saya pasti post-mortem telah dibuat untuk tatapan MPP pada tahun hadapan. Namun, adakah semua pembantu MHS terlibat dalam post-mortem?

Terkilan

Namun, saya amat terkilan dengan proses pemilihan Pembantu MHS pada kali ini. Bagi saya, pemilihan AJK pada kali ini tidak adil. Saya tidak kisah apabila KKDK seperti biasa dipilih sebagai penemuduga, malah berterima kasih apabila mereka sudi menyumbangkan kepakaran mereka dalam menjayakan program MPP.
Walaupun ada sesetengah ahli baru KKDK mengatakan ahli baru KKDK diberi keutamaan, saya juga tidak kisah kerana mungkin KKDK ingin membentuk pelapis mereka apatah lagi pengerusinya, Jefryral Ramli (yang juga merupakan rakan biro saya sewaktu saya menjadi Ketua Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam (BKPA) JKK Melewar dahulu) pernah bekerja dengan saya dan beliau antara rakan biro yang boleh diharap dalam menjalankan tugas. Namun, amat mengecewakan apabila seorang MT program mengundang mantan-mantan MPP menjadi penemuduga sedangkan saya langsung tidak dipelawa menjadi penemuduga.

Tidak marah pada mantan

Saya tidak marah kepada mantan-mantan MPP kerana mereka dijemput atas tiket pengalaman mereka menjadi penemuduga pada tahun lepas. Tetapi saya terfikir, mereka tidak akan tergolong dalam kelompok “orang yang berpengalaman menjadi penemuduga” sekiranya mereka tidak diberi peluang menjadi penemuduga pada tahun lepas. Analoginya, sekiranya saya menjadi penemuduga pada tahun ini, saya akan termasuk dalam kelompok “penemuduga berpengalaman” pada tahun hadapan. Persoalannya peluang langsung tidak dibuka malah tidak dipelawa. Saya melihat MPP pada tahun lepas menghargai ahli MPP mereka dengan memberi peluang kepada mereka tetapi tidak pada kali ini. Dulu 100% MPP dari PRO yang sama, tetapi pada kali ini tidak! Adakah ini punca semua ini terjadi???
Saya pernah ditemuduga dan layak menjadi Pembantu MHS (Unit Pengisian) tetapi, tarik diri kerana mendapat option sama ada untuk meneruskan dalam unit pengisian atau memilih unit penginapan dan makanan kerana saya Pengerusi JKK Melewar pada tahun lepas (10 orang JKK dilantik secara automatik). Lalu, saya memilih untuk menarik diri daripada unit pengisian kerana ingin menumpukan kepada kolej.
Jadi, saya kira saya layak menjadi penemuduga. Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata? Saya terkilan apabila MT MHS berkenaan langsung tidak mempelawa saya menjadi penemuduga apatah lagi pada tahun depan saya sudah habis belajar di UTHM.

Mesyuarat MPP

Dalam mesyuarat MPP, saudara YDP selalu memberi peluang MT Program ini bercerita tentang MHS, memang dia mengatakan memilih KKDK sebagai penemuduga tetapi mengapa tidak dikhabarkan langsung tentang mantan-mantan ini. Beberapa MPP sesi ini dijemput, tetapi kenapa tidak saya? MHS adalah program induk MPP, baik-buruk MHS akan ditanggung oleh kesemua 26 MPP yang dipilih oleh mahasiswa (9 calon fakulti menang tanpa bertanding).
Maka, saya berhak untuk mengetahuinya. Mesyuarat berkala MPP yang pada kebiasaannya dijalankan setiap hari Jumaat tidak lagi diadakan selepas sesi temuduga dilaksanakan seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri dan tahu mereka membuat kesalahan seperti baling batu, sorok tangan. Adakah anda tahu bentuk kesalahannya?

Prejudis tudung labuh

Sungguh mengecewakan pemilihan pada kali ini amat teruk dan berat sebelah. Kemarahan saya mula bangkit apabila salah seorang penemuduga (juga mantan MPP) melahirkan rasa pelik dengan berkata, “Fauzi, aku pelik, orang yang aku bagi markah tinggi tak dapat, yang aku bagi markah rendah, dapat pulak”. Jelas sekali pemilihan kali tidak seperti tahun lepas dengan penemuduga diberi kuasa mutlak memilih.
Tambahan mantan tersebut, “MT (dirahsiakan) menyuruhnya member markah yang rendah kepada siswi yang memakai tudung labuh kerana mereka adalah Pro-M (termasuk siswa yang diketahui pro-Mnya). Amat prejudis apabila semua yang bertudung labuh dicop sebagai pro-M, bagaimana pula Pro-A atau yag atas pagar yang memakai tudung labuh? Pasti menjadi mangsa keadaan. Mantan itu berkata, “beliau memberi markah berdasarkan sikap profesionalnya, beliau tidak berpuas hati apabila penilaiannya tidak diterima MT berkenaan. Dan tapisan yang dibuat bertentangan daripada markah yang diberikan.
Ada juga MPP (sekarang) yang tidak senang duduk apabila seorang siswi (bekas calon umum PRK) yang hendak ditemuduga, MPP tersebut bangkit dari kerusi sebanyak 3 kali, seolah-olah serba salah sama ada ingin memilih siswi tersebut atau tidak. Memang siswi tersebut cukup dikenali, maka dia takut menjadi isu jika siswi itu tidak dipilih. Nampak ada pakatan berlaku disini. Ternyata beliau terpilih kerana jika tidak, ketidakadilan yang dilakukan akan lebih mudah dikesan.

Cerita daripada MPP sendiri

Kisah tadi diceritakan sendiri oleh mantan berkenaan kepada saya dan memang boleh digunapakai. Malah seorang MPP (sesi sekarang) menceritakan ada seorang mantan yang lain pula menceritakan dia dimarah oleh MT berkenaan kerana memberi markah 96 dan 90 kepada dua orang siswi bertudung labuh. Beliau memberi markah secara professional dan tidak memilih bulu. Tapi, dimarah pula. Kedua-dua siswi berkenaan disingkirkan begitu saja walaupun markahnya tinggi. Dua kisah ini membuat saya benar-benar kecewa. Kalau saya tak layak jadi penemuduga, baiklah, saya terima. Tetapi, apakah hak MT berkenaan mengeluarkan arahan prejudis dan terlalu sengkek agar semua yang bertudung labuh diberi markah yang sedikit. Ini adalah program MPP, tetapi menyalahgunakan kuasa mengikut kepala sendiri.

Nasihat saya sewaktu pembentukan Kabinet

Saya pernah berkata, “saya menang kerana undian saya ke-tiga tertinggi daripada 22 calon kerusi umum dengan undian 3,422 undian, namun tanggungjawab saya adalah untuk kesemua 8000 lebih mahasiswa. Semua setuju dengan kenyataan atau nasihat saya, tetapi mengapa dek sikap fanatik terhadap ‘PRO’ masing-masing, sanggup melakukan perkara ini? Andai kata ada penemuduga (sesi tahun ini) yang mengikut arahan berkenaan seperti lembu dicucuk hidungnya dan bukan menilai dengan professional, percayalah, saya amat kecewa dengan anda.
Saya akui memang kurang membantu dalam MHS kerana menyempurnakan Latihan Industri (LI) di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh sepanjang 2 bulan setengah ini tapi banyak cerita saya baca dalam blog seperti “AJK dari Langit”, saya bertanya dengan individu berkenaan dalam Facebook, beliau akui memang tahu statusnya tidak layak tetapi atas arahan MT berkenaan, beliau setuju dengan niat suci untuk menolong. Beliau yang rela mengundur diri mengakui tidak wajar perkara itu berlaku.
Seorang mantan MPP berkata pula, Kisah AJK dari langit itu memang wajar dikeluarkan kerana keadilan tidak diberikan kepada mereka yang penat mengisi borang dan bersungguh-sungguh hadir temuduga sedangkan penemuduga yang tiada hitam putih dipilih pula. Ada pula seorang secretariat (bekas calon umum Pro-Aspirasi yang tewas) menyeludup masuk seorang pembantu MHS yang bukan sahaja tidak hadir pada sesi temuduga, malah tidak mengisi boring pun. Bagaimana dengan mereka yang penat mengisi borang dan beratur lama menunggu giliran temuduga?

Impak pada adik-adik

Satu perkara yang membimbangkan saya adalah penerimaan adik-adik. Mereka mungkin tidak merasa kecanggungan MHS kali ini kerana mereka berada dalam suasana yang baru. Tidak tahu menahu semua ini. Ada pelajar diploma tidak dapat makanan. Inilah impak sekiranya tidak adil dalam membuat pilihan. tetapi dalam konteks fasilitator, apabila yang bagus-bagus diketepikan.

Takut jadi seperti attitude fasi tahun lepas

Saya melihat fasilitator bukan sebagai pemudah cara semata-mata. Tetapi, sebagai role-model yang mencerminkan first impression mahasiswa UTHM. Pengalaman saya mengetuai unit makanan dan penginapan di KK Melewar, terus-terang amat kecewa dengan fasi-fasi yang dipilih bukan sahaja enggan bersolat berjemaah (sedangkan arahkan kepada mahasiswa/i baru untuk berbuat demikian).
Sementelahan, setelah digerakkan beberapa kali,langsung tidak layan, bangun dan mengambil sarapan lewat sedangkan semua mahasiswa sudah pergi untuk slot pertama setiap hari. Fasi jenis apakah ini? Jangan keluarkan arahan jika anda sendiri memang tidak mahu melakukannya. Kita boleh kenal orang yang tidak mahu dengan orang yang tidak mampu. Muhasabah lah.
Ekoran ini pada sesi post mortem kali kedua (versi JKK-biasanya post mortem satu sesi je-melibatkan semua-tak faham kenapa macam ni?-katanya ramai nak balik kampung-kerja belum selesai, takyah lah balik kampong- kenapa tidak dibuat sekali je post-mortem- sesi lepas punye cerita), pengarah program MHS pada tahun lepas, Fuad@Fuat mengeluarkan statement, “apa kata kita jangan bagi elaun pada sape yang tak bangun solat subuh berjemaah. Bayangkan, sampai tahap itu pengarah terpaksa katakan. Memang statement itu kurang sesuai tetapi jika kita fikirkan, kenapa saudara pengarah sampai mengeluarkan persoalan itu? Bukankah kerana AJK memang sangat teruk. Sebagai timbal balik, mahukah kita pisang berbuah dua kali?

Dimana fungsi Post-mortem?

Setakat pemerhatian saya, fail post-mortem MPP tahun lepas (kalau tak silap Aziah SU MHS dan yang menyediakan laporan post-mortem), memang ada dikeluarkan, tapi sayang tidak digunakan sebaik-baiknya. Post-mortem akan mengurangkan kelemahan lalu pada kali ini dan mengekalkan apa yang baik tahun lepas.
Pembahagian portfolio tahun lepas cukup cantik garapan saudara Fuad kita tetapi tahun ini bercelaru, adik-adik yang saya sempat temui melahirkan rasa tak puas hati dan pasrah dengan jawatan yang diberikan. Cuba anda bayangkan, Unit Protokol adalah sangat penting dan secara peribadinya saya rasa memang sukar untuk kendalikan unit ini. Malangnya, unit paling penting ini diletakkan dibawah unit tugas-tugas khas, saya tak tahu idea siapa ini? Tak pernah langsung dibincangkan sepanjang mesyuarat MPP.
Lebih malang, majoriti calon dipilih untuk unit tugas khas dikatakan kurang berbakat jadi MC dan terpaksa menghubungi AJK Protokol MHS tahun lepas sebagai AJK? Wah!bijak..bijak..Kasihan calon-calon yang dikatakan tidak berbakat sedangkan mereka ingat unit tugas khas adalah bersifat logistik dan teknikal…tertipu mahasiswa kita ye?
Selain itu, di bawah unit kebajikan, ada unit kerohanian. Tak pelik ke? Mereka yang mengisi borang menyesal kerana tersalah tanda jawatan (sedangkan penyampaian maklumat dari AJK yang bertanggungjawab yang tidak berkesan). Unit pengisian atau fasi ditukar kepada unit penyelarasan..tak tau apa yang nak diselaraskan? Ada yang tanda unit kebajikan diberi unit penyelarasan, suka-suka je tukar. Mentang-mentang oang nak jadi pembantu MHS, diletakkan syarat setuju ke tak jika ditukarkan ke unit lain.
Lebih ironinya, calon-calon ditanya, “bolehkah anda jangan melawan cakap(AJK atasan)? Inilah silapnya, kita kalau nak orang ikut cakap kita, gunalah pengaruh, kalau kita tak bagi unit yang mereka inginkan, memanglah komitmen pun kurang. Soalan yang diajukan itulah yang menjadikan kita lesu dan mandom apabila disuruh jangan melawan. Kalau benda memang dah salah, takkan nak diam? Takut dengan bayang-bayang sendiri. Memimpin dengan pengaruh.
Sepanjang menjadi Pengerusi JKK Melewar, saya tidak pernah keluarkan arahan supaya jangan melawan kerana sekiranya tindakan kita betul dan sedia menerima teguran, automatiknya anak buah akan ikut cakap kita. Itulah pengaruh namanya!

Saya kenal sangat anak buah saya

Di Melewar, anak buah saya hampir 30 orang yang pergi ke temuduga itu. Mereka menceritakan pada saya. Memang pelik, yang tidak dapat jawab soalan dengan baik, dapat jadi pembantu MHS, mereka pun terkejut sedangkan beberapa anak buah saya (juga bekas JKK Melewar-juga bekas pembantu MHS) bagi jawapan sehingga penemuduga terdiam. Tapi, GAGAL. Mungkin yang pak turut lebih disukai barangkali agar arahan yang salah pun tiada yang bangkang.
Pada kali ini, pembaharuan yang dilakukan adalah JKK tidak dipilih secara automatik seperti tahun lepas. Alasannya?JKK suka melawan?Atau beri masalah? Sepatutnya post-mortem yang tebal dirujuk dan andai kata benar ada kolej yang beri masalah, adakah kolej Melewar sekali. Arahan bersolat isya’ selepas tamat program menyukarkan kami di Melewar (sesi lalu) kerana terpaksa menahan semua pelajar ke surau pada jam 11 lebih. Ketika kanopi di Melewar dibuka pada hari pertama MHS, siapa yang mengangkut tikar dan membentangkannya untuk pelajar baru?Siapa yang menelefon unit kebajikan iaitu TYDP pada waktu itu? Siapa yang mengadakan qiamualil sewaktu MHS, saya langsung tidak menggunakan khidmat unit MHS pada waktu itu. Sepatutnya anak buah saya (bekas JKK yang saya cerita tadi) dinilai kerjanya, dan nampaknya post mortem tahun lepas sekadar kertas tebal yang menunggu masa untuk membungkus nasi lemak.) Saya tidak fikir Aziah lupa meletakkan apa yang berlaku dan komitmen JKK Melewar. Tapi, bekas JKK tadi tewas di tangan Rakan Biro yang baru mula nak bertapak. Tidak pelikkah semua? Saya akan siasat sama ada penemuduga tersebut diarahkan atau memang tidak tahu status “bekas JKK” yang saya maksudkan tadi.

Minta maaf JKK dan fasi

Walaupun MT berkenaan tidak mengaku kesalahnnya, namun saya mewakili beliau mohon maaf kepada semua JKK. Pada tahun lepas JKK dipersalahkan. Kali ini, JKK tidak dijemput menjadi Pembantu MHS, tetapi tetap dipersalahkan. Lebih kecewa, ada yang mengatakan JKK bertanggungjawab terhadap pelajar kolej, maka perlu balik awal. Jelas sekali, JKK amat diperlukan, namun keegoan menyebabkan JKK disisihkan. Mereka tidak mahu bayar elaun MHS atau mengiktiraf JKK, tetapi mahu kerahkan tenaga mereka dan boleh dipersalahkan sesuka hati sedangkan JKK pulang awal dengan niat ikhlas.
Lebih menyentap, ada MPP mengatakan, JKK semua dapat pengecualian rumah, memang patut balik awal. Saya jadi JKK 4 semester berturut-turut, daripada ketua Biro Kebajikan dan Pengaduan Awam hingga menjadi Pengerusi. MPP yang bercakap perkara itu pulak, tidak pernah terlibat dengan organisasi apatah lagi JKK. Barulah saya tahu mengapa JKK tidak diberi peluang. Terdapat juga MT MPP sesi ini terlepas cakap, dia mengatakan JKK tidak dipilih kerana satu sebab iaitu JKK tahun lepas TIDAK MAHU berada bawah MPP. Sedar dan sedarlah, memimpin dengan pengaruh. Sesi lepas punya cerita tak sama dengan tahun ini kerana JKK silih berganti. Tak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Saya harap MPP dapat berfikir bersesuaian dengan level mereka sebagai MPP.
Kepada semua fasi yang mengadu kepada saya, percayalah, saya telah menyampaikan apa yang sepatutnya. Saya faham perasaan seorang fasi yang bekerja siang malam, dimarah dan diherdik deolah-olah tidak buat kerja sedangkan fasilah nadi MHS. Kalau fasi boikot, apa jadi? Ada yang sampai mengalirkan air mata dek kerana MT berkenaan. Saya harap semua tidak salahkan semua MPP kerana hanya 7 orang MPP yang diberi mandat dalam MHS (walaupun pada awalnya dikatakan boleh campur tangan). Saya mohon maaf kepada semua fasi. Saya merasakan seperti MPP syok sendiri, hadir ke MHS bila diarahkan sahaja. Duduk di hadapan kononnya seperti VIP, tetapi NILAI KERJA MPP? Lebih memalukan MPP, MT berkenaan bergaduh depan khalyak tanpa memikirkan statusnya selaku MPP. Bahkan, spanjang MHS berlangsung, selalu datang lewat dan pulang awal ketika MHS berlangsung.

Harapan

Belum sembuh luka dengan penubuhan Kabinet Februari lepas, yang meletakkan calon fakulti sebagai MT, kini masalah luka lain pula diterima. Saya telah menegur MT ini dalam meting, namun beliau tidak mengaku salah. YDP pun memihak kepadanya (tetapi sewaktu persiapan program world cup MPP, YDP sendiri mengaku pada salah dengan berkata, “Fauzi, semasa MHS berlangsung, baru aku sedar, aku dah tersalah pilih orang”. Saya mengeluarkan kisah ini bukan untuk menjatuhkan sape-sape atau membuka pekung di dada, tetapi percayalah sekiranya statement ini tidak dikeluarkan perkara yang sama kan berulang kembali. Saya harap pihak HEP tidak lepas tangan dalam hal ini dan YDP juga perlu mainkan peranan sepatutnya kerana siapa yang merancang semua ini? Andai kata Pro-A menjadi orang penting dalam MHS akan datang, berlaku adillah. Yakinlah, sebagai pemimpin, kita bertanggungjawab terhadap orang yang kita pimpin.
Saya mohon maaf jika bahasa yang digunakan tidak berhikmah atau tersalah bicara. Namun, membangkang untuk kesepakatan dan supaya tak berulang agar peluang yang lebih adil kepada seluruh mahasiswa tanpa mengira PRO nya direalisasikan. Tak perlu cari siapa MT berkenaan, cukup kisah ini dijadikan pengajaran supaya jangan lakukan tindakan untuk PRO sendiri semata-mata.

***Untuk dialog dalam artikel ini, dialek, perkataan dan susunan kata, tak sama tapi tak lari maksud asal.
**Banyak lagi kisah yang mahasiswa tidak tahu, apa yang berlaku dalam TOT? Waktu maghrib yang tidak dihormati…Ramai pelajar sakit dsbg..tunggu dalam siri akan datang.

5 comments:

  1. salam...
    be profesional lah...
    jgn pasni wat kenyataan rasmi mohon maaf dah lah yer...
    pesanan dari sy SEKRETARIAT MHS 2010/2011

    ReplyDelete
  2. salam keyqiestudiante,
    jgn buat kerja main-mainkan kesungguhan org lain.sy cuma rabun,bukan BUTA!
    be profesional lah...
    pesanan dr seorang mahasiswa marhaen.xpunya jwtn.cuma amilin..

    ReplyDelete
  3. salam keyqiestudiante kita sebagai pimpinan kenela tunjuk contoh yg baik jgn tidak boleh menerima teguran jika dah ader kepincangan dari segi kepimpinan....kdg kala teguran itu mampu menambahbaikkan kekurangn yg kita tidak sedari...saya tertarik dengan Firman Allah SWT Dalam Surah Ash-SAff ayat 2-3...
    "(2)Hai org-org beriman,mengapa kamu mengatakan apa yg tidak kamu perbuat? (3)Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa2 yg tiada kamu kerjakan...kita boleh lihat tafsiran drp surah ni...Amat bermakna maksudnya KHAS bagi pimpinan yg hnya bijak berkata2 tapi diri sendiri tak mulakannya...

    ReplyDelete
  4. salam
    boley jer terima teguran...
    tapi betul ker kenyataan yg di berikan...
    itu bukan teguran tapi fitnah...
    kalo nak tegur biarlah cara yg betul
    kami menerima teguran sebaik2 nya...
    kami ni masih profesional lg bukan terus melatah ok...
    kalo x puas hati jumpa je kami....tegur lah kami...tapi bio care yang betul...kalo nak kuarkan kenyataan tanyer kami dulu....jgn nak terus kuarkan kenyataan terus...

    ReplyDelete
  5. keyqiestudiante,
    owh.kalau nk tegur,kena jumpa sekreteriat dulu.kenapa nk selitkan 10orang selepas nama pmbntu diumumkn,tak pulak so-called sekreteriat nk umum pada masyarakat kampus?adilkah?

    kenapa ada org yg TAK HANTAR BORANG dan TAK PERGI INTERVIEW dapat masuk pmbntu jugak?mana keprofesionalan yang dilaungkn?kenapa tak dipilih dr klngn yg mnghntr borang jugak?
    mahasiswa marhaen cuma tak mahu ditipu.cuma suka berfikir..

    ReplyDelete